fbpx

[VIDEO] Bomba selamatkan kucing hampir lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing yang hampir lemas berada dalam pelukan tuannya sejurus berjaya diselamatkan.

CYBERJAYA – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kucing yang hampir dihanyutkan arus sungai di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor petang tadi.

Kucing itu bernasib baik apabila tersangkut pada longgokan kayu dan sampah pada salah satu tiang jambatan di sungai berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.17 petang bagi khidmat khas menyelamatkan kucing.

Beliau berkata, sebuah jentera bomba dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba 15 minit kemudian.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya turun ke sungai bagi menyelamatkan kucing yang terperangkap.

“Sejurus tiba, kami dapati ada seekor kucing terperangkap di atas longgokan sampah pada tiang jambatan itu.

“Anggota terpaksa menggunakan kaedah ‘rapelling’ dan sistem takal bagi menyelamatkan kucing berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kucing berkenaan kemudian diserahkan kepada tuannya yang sudah menunggu di lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI