fbpx
Gambar hiasan

Anak bawah enam tahun sukar fokus kelas online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SITI KAMILAH MUSTAPHA, PENOLONG PENGARANG BERITA KOSMO!

“Kepada semua pengikut kesayangan, tolong! Mohon kongsi tips dengan saya bagaimana untuk suruh seorang budak berusia enam tahun untuk fokus pada kelas online.”

Demikian kata pelakon terkenal, Fasha Sandha dalam media sosialnya apabila sukar menguruskan anak perempuannya yang berusia enam tahun mengikuti kelas online.

Kata Fasha lagi, dia perlu temankan anaknya itu sepanjang masa ketika kelas online.

“Saya perlu temankan dia sepanjang masa tau. Kita ada banyak juga kerja lain hendak dilakukan,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Luahan Fasha ini sebenarnya mewakili ramai ibu-ibu muda yang menghadapi masalah bekerja dari rumah di samping menguruskan anak-anak kelas online.

Pengalaman penulis yang mempunyai anak sebaya Fasha sememangnya hampir sama, anak di usia empat hingga enam tahun memang sukar fokus mengikuti kelas online.

Jadi apabila setiap hari ada kelas online hampir dua hingga tiga jam sehari anak-anak mulai bosan dan memerlukan ibu bapa berada berdekatan.

Dalam kelam kabut anak-anak kelas online dan ibu bapa juga hendak keluar bekerja atau bekerja dari rumah, apabila anak-anak tidak fokus sememangnya memberi tekanan.

“Anak saya ada kelas setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, waktu rehat setengah jam dan bermula balik 9.30 pagi hingga 10.30 pagi,” jelas seorang teman.

Tambahnya, anak-anak memang sukar fokus disebabkan kelas itu agak bising dengan kawan-kawannya yang lain.

“Kalau tidak duduk sebelah dengan anak memang dia tidak menulis apa-apa pun, malah tidak dengar apa pun yang cikgu cakap,” ujar teman itu lagi.

Inilah dugaan norma baharu dalam mendidik anak-anak.

Selain kemungkinan kanak-kanak berumur enam tahun tiada konvokesyen seperti kebiasaan tamat tadika mereka juga tiada kenangan gambar bersama rakan sekelas dan jamuan akhir tahun.

Apa yang merisaukan lagi adalah kanak-kanak yang akan masuk ke alam persekolahan kelas rendah tidak pandai membaca kerana pada tahun ini hanya enam bulan betul-betul di sekolah.

Dengarnya ada ibu bapa yang berkemampuan telah mula menggaji tutor peribadi kepada anak-anak kerana tiada masa mengajar di rumah.

BERITA BERKAITAN