fbpx

PKPD tamat di tiga tempat di Sabah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kampung Matambai hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di kawasan tersebut.

“KKM telah laksanakan sebanyak 1,824 saringan di PTS Kota Kinabalu dan merekodkan sebanyak 425 kes positif Covid-19 manakala 3,970 saringan di Penjara Kepayan dan merekodkan sebanyak 1,857 kes positif.

“Walaubagaimanapun sehingga 14 November 2020, bilangann kes adalah terkawal dengan hanya terdapat 25 kes aktif di PTS Kota Kinabalu dan 1 kes aktif di Penjara Kepayan dan kesemuanya telah menerima rawatan,” katanya menerusi satu sidang akhbar melalui Facebook Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh negeri Sabah.

Sementara itu, Ismail sabri berkata, PKPD di Institut Latihan KKM, Johor Bahru, turut ditamatkan hari ini.

Katanya, kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada SOP PKPB yang dilaksanakan di seluruh negeri Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI