fbpx

Isu hak cipta, Kim Jihoon dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JIHOON

KEMUNCULAN aktor kacak Kim Jihoon dalam program I Live Alone terbitan MBC baru-baru ini mengundang keterujaan peminat untuk melihat gaya hidup sehariannya.

Keterujaan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama. Dia akhirnya mengundang kritikan apabila terdapat terdapat paparan menunjukkan Jihoon sedang asyik menikmati sebuah drama bersiri Amerika Syarikat, Raised by Wolves dalam televisyen.

Peminat mendapati, drama tontonan Jihoon dimuat turun secara haram dan bukannya dilanggan ataupun sudah tersedia dalam saluran televisyen di kediamannya.

Tatkala kesalahannya disedari umum, Jihoon tidak menunggu lama untuk membuat permohonan maaf kepada peminatnya atas sikap tidak bertanggungjawabnya.

Dalam kenyataan Big Picture Entertainment, pelakon drama Flower of Evil itu mengaku salah kerana tidak memahami isu hak cipta dengan betul.

“Saya bersalah kerana tidak pedulikan isu hak cipta. Saya akan lebih berhati-hati pada masa depan supaya tidak mengulangi kesilapan sama.
“Maafkan saya sekali lagi kerana telah menimbulkan masalah,” katanya.

Ekoran kontroversi tersebut, MBC memotong bahagian ‘panas’ berkenaan daripada ditayangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI