fbpx

Tapir jantan 150 kilogram mati dirempuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor tapir jantan mati dipercayai dirempuh kenderaan di Kampung Sri 10, Jalan Sungai Durian- Chenulang dekat Kuala Krai malam tadi. Foto: IHSAN PERHILITAN KELANTAN

KUALA KRAI – Seekor tapir jantan seberat 150 kilogram ditemui mati dipercayai dirempuh kenderaan di Kampung Sri 10, Jalan Sungai Durian- Chenulang di sini malam tadi.

Bangkai spesies haiwan yang dilindungi itu dijumpai kira-kira pukul 10 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, pasukannya telah menjalankan pemeriksaan terhadap haiwan yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu sebelum mendapati ia sudah mati.

Katanya, berdasarkan siasatan, kawasan berkenaan gelap ekoran tiada lampu jalan dan tapir itu dipercayai dirempuh di laluan lurus yang menuruni bukit.

“Sebahagian besar hutan simpan di kawasan itu telah menjadi ladang hutan menyebabkan hidupan liar akan merayau mencari makan, pasangan atau kumpulan haiwan terbabit.

“Kita sentiasa melaksanakan pemantauan dan rondaan malam secara berkala bagi mengelakkan hidupan liar keluar ke kawasan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ady Ermanty berkata, kejadian seperti itu amat membimbangkan kerana Perhilitan mendapati hidupan liar itu kini kekurangan habitat yang sesuai.

Sehubungan itu, beliau berkata, perangkap tapir akan dipindahkan ke sekitar kawasan itu yang merupakan satu program inventori bagi semua kawasan hutan yang terpulau atau tersepit.

Katanya, kawasan hutan-hutan tersepit menjadi habitat hidupan liar iaitu sebagai rumah pada waktu siang dan hidupan liar mula keluar dari kawasan itu ketika waktu malam untuk mencari makanan di kawasan sekitar.

“Kami memohon pihak berwajib untuk memasang lampu jalan di laluan yang gelap sama ada menggunakan bekalan elektrik atau solar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI