fbpx

Sarah Hildebrand hilang seri – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH HILDEBRAND

Pada Oktober lalu, kecoh sebentar media sosial Diva tentang pelakon Sarah Hildebrand nekad membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab.

Wanita berdarah kacukan Jerman itu membuat ‘kejutan’ tersebut selepas dia memuat naik sekeping foto ‘free hair’ dalam Instagram Storynya.

Ramai terkejut dengan perubahan penampilan tersebut kerana tidak menyangka pelakon Pujaan Hati Kanda itu akan bertindak sedemikian.

Disebabkan perubahan yang dilakukan, ramai netizen yang mengecamnya dalam media sosial.

Terbaharu, Sarah sekali lagi memuat naik sekeping foto yang mengundang kritikan netizen terhadapnya.

Dalam foto tersebut, Sarah disolek dengan memakai gincu bibir berwarna merah menyala.

Namun, entah di mana silap, netizen berpendapat wajah Sarah kelihatan ‘tua’ dengan solekan begitu.

Menurut warga maya, solekan tersebut kelihatan terlalu tebal sehingga menenggelamkan kecantikan asli yang dimiliki Sarah.

Selain itu, ada juga netizen yang turut meluahkan rasa sedih dan mengatakan wajah Sarah seperti hilang seri sejak tidak lagi memakai hijab.

Tajam sungguh mata netizen zaman sekarang. Tua atau muda juga boleh dinilai daripada wajah. Bagi Diva, mungkin penampakan wajah ‘tua’
Sarah itu kerana kesan solekan yang agak tebal.

Mungkin selepas ini boleh kenakan solekan yang tipis kerana wajah Sarah sebenarnya sudah semulajadi jelita, tidak perlu terlalu berlebihan.

DIVA: Ramai teruja untuk lihat wajah puteri sulung Fazura dan Fattah. Mesti comel secantik namanya, Nur Fatima Aisya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI