fbpx

Kakitangan awam Kedah dapat bantuan khas RM1,000 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menunjukkan buku Belanjawan Kedah 2021 selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penjawat awam dan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 seorang pada bulan depan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan khas sebanyak RM5.6 juta itu adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan seluruh kakitangan awam di negeri itu.

“Kerajaan negeri mengakui kakitangan awam negeri komited melaksanakan semua dasar dan arahan kerajaan seperti menguruskan Pusat Kawalan Operasi Bencana ketika pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2021 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju memberi sumbangan secara sekaligus sebanyak RM200 kepada petugas barisan hadapan di Jabatan Kesihatan Negeri pada akhir tahun ini.

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang terus bekerja tanpa henti bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI