fbpx

Padah dua remaja bawa mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mercun yang dirampas daripada dua remaja di Permatang Sintok, Kepala Batas malam tadi.

SEBERANG PERAI – Tindakan dua remaja lelaki membawa sejumlah mercun sambil menunggang motosikal mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Permatang Sintok, Kepala Batas di sini malam tadi.

Remaja berusia 15 dan 16 tahun itu ditahan semasa Op Cahaya kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati sebanyak 15 biji mercun bola telah dibawa oleh mereka di dalam beg galas.

“Selain itu, kita turut merampas 18 kotak kecil mercun yang tertulis Happy Boom Red Cracker.

“Kedua-dua remaja itu ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan mercun terbabit bagi digunakan sempena perayaan Hari Deepavali.

Noorzainy berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI