fbpx

VAR batal gol kemenangan Messi, Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI seharusnya menghadiahkan gol kemenangan buat Argentina ketika menentang Paraguay awal pagi tadi, namun jaringannya dibatalkan oleh pengadil.

 

BUENOS AIRES – Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menegaskan, tiga mata mereka ‘dirompak’ oleh pengadil dan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membatalkan jaringan kemenangan Lionel Messi ke atas Paraguay di Stadium La Bombonera awal pagi tadi.

Pengadil membatalkan jaringan Messi pada minit ke-57 selepas VAR mendapati Nicolas Gonzales mengasari pemain sayap Paraguay, Angel Romero sebelum gerakan gol tersebut dilancarkan oleh Argentina.

Pembatalan gol tersebut menyaksikan skuad La Albiceleste itu terpaksa akur apabila menamatkan aksi ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan dengan keputusan seri 1-1 ke atas Paraguay.

“Saya mahu melihat keputusan yang konsisten daripada VAR. Saya tidak bercakap mengenai kesan baik dan buruk tetapi saya menuntut kriteria yang diperlukan untuk VAR.

“Kami kehilangan Exequiel Palacios disebabkan kekasaran yang dilakukan terhadapnya tetapi VAR langsung tidak melihat semula insiden tersebut,” kata Scaloni.

Dalam aksi itu, Argentina bermula perlahan dengan menghadiahkan sepakan penalti kepada Paraguay yang disempurnakan oleh Romero seawal minit ke-14 sebelum bangkit menyamakan kedudukan melalui percubaan Gonzales pada minit ke-41.

Walaupun seri tetapi Argentina masih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan selepas ini dijadualkan menentang Peru untuk aksi keempat di Estadio Nacional de Lima pada Rabu ini. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI