fbpx

Masa depan Kvyatt samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KVYATT mengakui sukar untuk mengekalkan kedudukannya di AlphaTauri apabila pasukan itu berminat untuk mendapatkan khidmat Tsunoda. – AFP

LONDON – Pelumba pasukan AlphaTauri, Daniil Kvyat mengakui sukar untuk mengekalkan tempatnya pada saingan Formula Satu (F1) musim depan meskipun sudah mempamerkan aksi cemerlang pada kempen musim ini.

Sebagai rekod, AlphaTauri dipercayai sangat berminat untuk menaikkan pangkat pelumba muda dari Jepun, Yuki Tsunoda untuk digandingkan dengan pelumba utama pasukan, Pierre Gasly bagi saingan musim depan.

Malah, harapan Kvyat untuk ke pangkuan pasukan Red Bull masih samar walaupun status salah seorang pelumba pasukan itu, Alex Albon untuk kekal bergandingan bersama Max Verstappen tahun depan nampak tipis.

Kata Kvyat, situasi melanda bukanlah sesuatu yang sangat rumit untuk difahami selepas masih gagal mengesahkan perjanjian dengan mana-mana pasukan untuk mengharungi perlumbaan F1 musim depan.

“Saya bukanlah bodoh untuk memahami bahawa masa depan saya dalam saingan F1 agak rumit kerana sedar peluang untuk kekal dalam pasukan AlphaTauri atau Red Bull musim depan sangat tipis.

“Ini kerana mereka ada program menaikkan pelumba muda berbakat daripada Akademi Red Bull yang sememangnya hanya menunggu peluang untuk beraksi dalam arena F1 apabila sudah mempamerkan kematangan di perlumbaan seperti F2 atau sebagainya,” katanya.

Difahamkan, jika Red Bull menggantikan posisi Albon, mereka lebih berminat untuk menandangani khidmat pelumba berpengalaman seperti Sergio Perez atau Nico Hulkenberg manakala pelumba remaja seperti Tsunoda diberikan kepada AlphaTauri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI