fbpx

Empat lelaki ditahan kes bunuh suspek curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian curi motosikal di Halaman Menglembu Bestari di sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan selepas si mati berusia 35 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kelmarin.

Katanya, bedah siasat ke atas si mati mendapati punca kematian disebabkan radang selaput abdomen akibat kebocoran usus disertai trauma tumpul.

“Pihak polis menerima maklumat pada pukul 12.30 tengah malam Selasa lalu mengenai tangkapan seorang lelaki oleh orang awam yang terlibat kes cuba mencuri motosikal di Halaman Menglembu Bestari.

“Semasa anggota tiba di tempat kejadian, didapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan lemah di mana empat lelaki lain yang merupakan suspek berada bersamanya ketika itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anuar, lelaki yang cedera dan berada di bawah pengaruh dadah itu telah dibawa ke HRPB menggunakan ambulans dan ketika itu dia dalam keadaan sedar namun terdapat kesan lebam pada muka dan bahagian badan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan dialami lelaki itu adalah akibat dipukul empat suspek tersebut kerana cuba mencuri motosikal milik salah seorang daripada mereka.

“Pihak suspek telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu kerana didakwa cuba mencuri mosikalnya dan memaklumkan berlaku pergelutan antara mereka.

“Bagaimanapun, rakaman percakapan lelaki itu di hospital oleh pegawai penyiasat pada hari kejadian menafikan dia terlibat mencuri motosikal suspek,” katanya.

Difahamkan lelaki terbabit yang diberi jaminan polis dan dipindahkan ke wad 6B bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 4.12 pagi kelmarin.

Menurut beliau, pemeriksaan luaran mendapati si mati mengalami kecederaan lebam dan melecet pada beberapa bahagian badan di mana tanda-tanda kecederaan itu disebabkan objek tumpul dan keras seperti batu, kayu dan besi serta tumbukan tangan dan tendangan kaki.

“Kesemua suspek ditangkap dan direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI