fbpx

90,000 kakitangan syarikat penerbangan AS dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
90,000 kakitangan syarikat penerbangan AS dibuang kerja

NEW YORK – Permintaan yang merudum menyaksikan syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) menamatkan tahun 2020 dengan bilangan kakitangan paling sedikit sejak sekurang-kurangnya 1987, kata sebuah pertubuhan  industri penerbangan semalam.

Bilangan tersebut berkurang 90,000 orang berbanding sebelum musim pandemik Covid-19.

Syarikat-syarikat penerbangan  AS menyatakan, jumlah jawatan sepenuh masa akan menurun kepada 370,000 akhir Disember ini berbanding 460,000 jawatan tetap pada Mac lalu iaitu penurunan hampir 20 peratus.

Ketika kes koronavirus meletus dan menghampiri kemuncak, pihak-pihak  berkuasa di dunia telah memperketatkan sekatan perjalanan.

Bilangan penumpang yang dibawa di AS sejak beberapa minggu lalu kekal 65 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu, kata organisasi itu.

Syarikat-syarikat  penerbangan pada mulanya mengurangkan bilangan kakitangan melalui persaraan awal dan pemberhentian sukarela.

Syarikat-syarikat berkenaan juga bersetuju  menangguhkan pemberhentian seterusnya sehingga 30 September lalu sebagai pertukaran kepada bantuan kerajaan AS berjumlah  AS$25 bilion (RM103.3 bilion).

Bagaimanapun, wakil-wakil rakyat Parti Demokrat dan Republikan menolak  pakej rangsangan tersebut.

Kegagalan itu memaksa  syarikat penerbangan United Airlines dan American Airlines memberhentikan 32,000 pekerja pada Oktober lalu.

Sebagai tambahan, empat syarikat penerbangan lebih kecil di AS terpaksa gulung tikar, kata organisasi itu lagi, manakala satu perempat pesawat komersial di negara itu tidak beroperasi sejak sekurang-kurangnya 30 hari lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN