fbpx

379 ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 379 individu ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar arahan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 370 individu telah dikompaun manakala sembilan direman.

“Bagi Op Benteng pula, seramai 27 pendatang asing tanpa izin dan seorang tekong berjaya ditahan semalam selain merampas lapan buah kenderaan darat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Selain itu, katanya, seramai 65,955 individu telah pulang ke tanah air bermula 24 Julai sehingga 12 November lalu melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,644 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 68 hotel dan 21 premis lain.

“Selain itu, 388 individu di bawa ke hospital untuk rawatan manakala 55,923 individu dibenarkan pulang ke rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI