fbpx

Ziyech jelmaan Hazard, Fabregas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYECH semakin mendapat rentak bersama Chelsea ketika ini dan membuktikan kemampuan dimiliki. – AFP

LONDON – Bekas pemain Chelsea, Pat Nevin mengakui bahawa beliau melihat pemain baharu The Blues, Hakim Ziyech memiliki kombinasi permainan seperti Eden Hazard dan Cesc Fabregas.

Dua gol dan tiga umpanan jaringan yang dilakukan bersama Chelsea serta aksi memukaunya ketika menentang Sheffield United menyebabkan dia mula menjadi buah mulut para peminat Chelsea.

“Ia adalah persembahan yang menakjubkan dipamer oleh Ziyech mengingatkan kami kepada Hazard pada satu ketika, dua minit kemudian kami melihat dia menjadi seperti Fabregas.

“Sesetengahnya mungkin berpendapat Ia mungkin aksi ketika menentang Sheffield sahaja dan situasi akan ber­ubah apabila dia bermain menentang pasukan lebih hebat seperti Liverpool dan Manchester City.

“Pada saya dia mempunyai aspek teknikal yang baik. Kita akan melihat apa yang mampu dilakukannya nanti tetapi saya melihat Chelsea mencipta ba­nyak peluang sejak dia mula ber­aksi menentang Krasnodar.

“Dia mempunyai visi permainan yang jelas, kekuatan kaki kiri dan kemampuan kaki kanan yang sempurna. Dia mampu mencipta peluang serta menjaringkan gol.

“Dalam situasinya ketika ini, dia mungkin akan menjadi tumpuan semua orang. Meletakkan harapan terlalu tinggi terhadapnya bukan suatu perkara yang baik saya fikir, benarkan dia selesa terlebih dahulu.

“Sebagai pemain baharu, dia masih dalam proses integrasi bersama pasukan, selepas proses itu selesai, kita akan melihat satu aksi yang sempurna dipamerkannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI