fbpx

Penyelidik MPOB hasilkan inti kuih bulan kontemporari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya merumuskan formula coklat cair berasaskan minyak sawit sebagai inti kuih bulan kontemporari bagi memenuhi permintaan semakin meningkat untuk kuih bulan itu.

Menurut Persatuan Industri Makanan China, negara China mencatatkan jumlah penjualan kuih bulan sebanyak 1.38 bilion bernilai RMB 19.67 bilion (anggaran RM12.25 bilion) pada tahun 2019.

Inti kuih bulan biasanya diperbuat dalam bentuk pes dengan menggunakan minyak masak selain minyak sawit.

Bagaimanapun, kumpulan penyelidik MPOB yang diketuai oleh Niu Yueting telah berjaya menghasilkan formulasi yang dapat menghasilkan tekstur halus dan inti coklat cair yang lazat dengan bahagian luar yang rangup.

Menurut beliau, melalui teknologi tersebut, ia dapat membantu mencegah kuih bulan daripada pecah, bocor dan berubah bentuk walaupun mempunyai inti yang cair dan lembut.

“Kajian untuk mendapatkan formulasi yang sesuai bagi menghasilkan inti coklat cair berasaskan sawit untuk kuih bulan telah dilakukan di Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM) di Shanghai, China.

“Penyelidikan ini dijayakan bersama Universiti Xihua dan Zhengzhou Milikang Food Co., Ltd.

“Kajian tersebut selesai dalam tempoh 18 bulan dari Januari 2018 hingga Jun 2019,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Yueting menerangkan, antara­ bahan yang digunakan untuk inti coklat cair berasaskan sawit adalah minyak sawit, serbuk koko, pengemulsi, tepung susu.

“Dengan menggunakan formulasi tersebut, bahagian luar kuih bulan juga dapat dikekalkan supaya sentiasa rangup.

“Tanpa teknologi ini, minyak daripada inti kuih bulan akan menyerap ke bahagian kulit kuih bulan lalu menjadikan kuih bulan itu lembik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI