fbpx

Terjebak isu video seks, Jessica Iskandar sohor kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR

NAMA pelakon Jessica Iskandar tiba-tiba menjadi perhatian netizen apabila sebuah video seks yang didakwa miripnya tular dalam media sosial.

Tidak sampai sejam selepas video tersebut tersebar, nama pelakon yang popular menerusi filem Dealova itu menjadi sohor kini dalam Twitter.

Bahkan, akaun Instagram selebriti berusia 32 tahun itu turut dibanjiri komen peminat yang meminta pelakon serba boleh itu memberikan penjelasan. Ramai juga yang mengusiknya dengan permintaan nakal.

“Berikan saya pautan videonya Jess,” ujar salah seorang peminatnya.

Sehingga kini, Jessica belum mengeluarkan sebarang kenyataan, malah dia sempat memuat naik beberapa video sedang menari dalam aplikasi TikTok dan bersikap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Terdahulu, heboh apabila Jessica membuat keputusan untuk menetap di Bali. Ketika itu, dia juga baru memutuskan hubungan pertunangannya dengan Richard Kyle.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI