fbpx

Shell Advance baharu untuk setiap gaya pemanduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak enjin ini direka khas untuk motosikal empat lejang.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

KUALA LUMPUR – Shell membawa produk minyak enjin baharu Shell Advance yang memberi fokus kepada setiap gaya pemanduan serta tepat kepada para pelanggan yang menunggang motosikal.

Minyak enjin Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride akan memberi manfaat dan memudahkan para pemilik motosikal yang memilih minyak enjin direka khas bagi setiap gaya pemanduan dan keperluan.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew, minyak enjin itu direka khas untuk motosikal empat lejang dan merupakan rangkaian minyak enjin motosikal sintetik penuh premium paling mampu milik di pasaran negara.

“Di Shell, kami sentiasa menerajui inovasi teknologi minyak enjin.

“Dengan Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride terbaharu, kami ingin para pemilik motosikal diberi kuasa untuk memilih minyak enjin tepat dengan menyediakan dua pilihan mudah mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Shell Advance Power baharu berharga RM55 setiap pek satu liter direka khas untuk para pemilik motosikal yang mahu menikmati kuasa dan pecutan.

“ Ia dicipta untuk memberi kuasa maksimum pada masa yang sama kekalkan output kuasa tertinggi motosikal dengan mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit.

“Hasilnya, motosikal yang menggunakan Shell Advance Power tidak menunjukkan kehilangan kuasa sejauh 20,000 kilometer (km),” tambahnya.

Jelasnya lagi, Shell Advance Long Ride baharu bernilao RM50 setiap pek satu liter dicipta untuk para pemilik motosikal yang inginkan ketenangan dengan memiliki enjin bebas masalah.

“Sesuai untuk tunggangan di bandar atau perjalanan jarak jauh, ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum yang dicipta untuk daya ketahanan haba maksimum dan mampu mengurangkan penggunaan minyak untuk tunggangan sehingga 6,000 kilometer.

“Kedua-dua produk ini dirumus dengan Teknologi PurePlus proprietari Shell, iaitu minyak asas 99.5% tulen yang dihasilkan daripada gas asli.

Ujarnya, produk itu terbukti untuk memberi prestasi permulaan sejuk dan prestasi suhu tinggi yang lebih baik serta menjamin kebersihan piston dengan lebih baik berbanding dengan minyak berasaskan ester.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Advance Power 15W-50 dan Shell Advance Long Ride 10W-40 baharu, layari laman  web www.shell.com.my/advancepowerandlongrideadvance . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI