fbpx

Raffi Ahmad bocor rahsia Luna Maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI AHMAD dan Luna Maya.

PELAKON Raffi Ahmad secara spontan membocorkan rahsia perancangan perkahwinan, Luna Maya yang didakwa bakal diadakan dalam masa terdekat.

Kenyataan tersebut secara tidak sengaja diungkapkan Raffi ketika sedang makan malam bersama Luna termasuk beberapa rakan artis di Pulau Sumba, Nusa Tenggara Timur, Indonesia baru-baru ini.

“Hari ini kita meraikan parti bujang Luna Maya. Tahun depan dia akan berkahwin,” ujar Raffi ketika makan malam tersebut.

Rakan selebriti seperti Ayu Dewi, Gisella Anastasia dan Denny Cagur kelihatan ada bersama di lokasi parti turut bersorak selepas Raffi membuat pengumuman berkenaan.

Sementara itu, Luna yang pada awalnya terkejut dengan pengumuman Raffi hanya mampu ketawa.

“Jadi sekarang ini kamu sedang meraikan majlis parti bujang aku ya? Terima kasih Raffi,” kata aktres berasal dari Bali itu.

Setakat ini, masih tiada maklumat tentang calon suami Luna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI