fbpx
Gambar hiasan

PKPB elak kawasan hijau, kuning bertukar merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertujuan untuk mengelakkan kawasan berstatus hijau atau kuning bertukar menjadi merah.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan ‘memadam api’ seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Di Selangor, kita mulakan (PKPB) di Mukim Klang, waktu itu Mukim Kapar tidak dikenakan. Akhirnya, kes merebak ke Mukim Kapar dan di daerah-daerah lain pergerakan masih bebas kerana tidak diisytiharkan PKPB.

“Ketika itu, kita menunggu kawasan bertukar merah baru kita perkenalkan PKPB diperkenalkan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Ujar beliau, cara itu mengakibatkan penularan di daerah-daerah lain yang menyebabkan kes positif Covid-19 semakin bertambah.

Katanya, kerajaan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum melaksanakan PKPB di satu-satu lokaliti.

“Kalau kita tunggu satu persatu menjadi merah sebelum dikenakan PKPB, tentunya ia sudah terlewat.

“Walaupun KKM melihat kepada jumlah kes, mereka juga membuat kajian mengenai kebolehjangkitan penyakit di setiap kawasan yang ditentukan,” jelas Ismail Sabri.

Ujarnya, dengan cara proaktif itu, sekatan dapat dilaksanakan sebelum penularan berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN