fbpx
Tangkap layar individu menari tanpa mengenakan pelitup muka dalam program berkenaan.

Polis siasat individu menari, langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Video tular berhubung sekumpulan individu menari tanpa memakai pelitup muka dipercayai dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah hotel di Glenmarie di sini, April lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan polis berhubung insiden itu hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan itu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mereka menghadiri kursus pemantapan pimpinan sebuah parti politik dan video mengenai isu itu disaksikan pengadu menerusi dua akaun Facebook.

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa kumpulan tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial antara satu sama lain sekali gus melanggar SOP seperti yang sudah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu tular video berdurasi 1 minit 34 saat memaparkan sekumpulan wanita menari dengan diiringi lagu dangdut tanpa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal dalam program di sebuah hotel. – K! ONLINE

POPULAR