fbpx

Mila rayu kerajaan bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mila menyeru pihak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan KWSP pada saat-saat sukar.

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin telah memuat naik satu status menyeru pihak kerajaan mempertimbangkan dan membenarkan rakyat mengeluarkan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) pada saat-saat sukar yang dihadapi rakyat sepanjang pandemik Covid-19.

Berdasarkan entri yang dimuat naik di laman Instagramnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Persis Mutiara itu, dia turut menyeru pihak kerajaan supaya membantu mereka (rakyat) yang amat memerlukan.

Bahkan, Mila turut menyertakan nama akaun Instagram Perdana Menteri Malaysia, @muhyiddinyassin_official dan memberikan satu cadangan untuk membantu rakyat yang terjejas pendapatan, gaji dipotong atau diberhentikan kerja.

“Tan Sri @muhyiddinyassin saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara Moratorium. Contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gai dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja yang difikirkan baik.

“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan start up (permulaan) mereka berniaga kecil-kecilan.

“Bantulah mereka wahai kerajaan, rakyat sedang susah,” ujar juara Akademi Fantasia musim kelima itu.

Malah, Mila turut memberitahu bahawa, pengeluaran wang KWSP itu bukanlah atas tujuan untuk bersuka ria.

Status yang dikongsikan Mila itu sekali gus menarik perhatian peminatnya di Instagram selepas rata-rata mereka bersetuju dengan cadangan yang dicadangkan oleh Mila.

“Setuju sangat. Kami bukan dilahirkan seperti anak-anak atau keluarga kayangan. Kami berniaga atas titik peluh sendiri. Sudahlah disekat untuk berniaga. Nak minta KWSP sendiri pun disekat. Betul! Rakyat sekarang dalam keadaan nazak,” ujar salah seorang pengikutnya.

Sekitar bulan Mei lalu, Mila pernah menyuarakan kebimbangan tentang nasib 100 orang pekerjaanya selepas perniagaan perkahwinan dan katering yang diusahakan.

Lantas, dia telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan menjual kek dan pastry bagi meneruskan kelansungan syarikat dan pekerjanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI