fbpx

Mila Jirin bakal buka akademi kulinari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mila Jirin akan membuka akademi kulinari di Selangor.

SHAH ALAM – Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin akan memperluaskan empayar perniagaan apabila bercadang membuka akademi kulinari dan hospitaliti dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Milla, langkah tersebut bagi menarik masyarakat luar bandar seterusnya meningkatkan pendapatan mereka di kemudian hari dengan kemahiran dalam bidang itu.

Katanya, pihaknya akan memulakan dengan memberi fokus pada tahap Sijil Kemahiran Mara (SKM) sebelum ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita dalam fasa memperkemaskan idea sebelum dibawa ke pihak berkaitan dalam mendapatkan bantuan bagi menzahirkan kewujudan akademi ini.

“Akademi ini akan dibuka di Selangor memandangkan ibu pejabat Bizmilla (Wedding Centre) pun di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program bual bicara usahawan celebpreneur di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Milla menjelaskan Bizmilla akan membuka cawangan ketujuhnya di Pulau Pinang dengan dana diperoleh menerusi Bank Rakyat.

Ujarnya, projek cawangan itu akan dimulakan September ini dengan tiga dewan majlis perkahwinan akan dilancarkan pada 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI