fbpx
Gambar hiasan

Mencari nilai di sebalik obsesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
TENGKU SUZANA RAJA HAMAT, PENOLONG PENGARANG BERITA

MINAT melampau atau obsesi golongan peminat K-pop sebenarnya bukan perkara asing dalam dunia hiburan global.

Pada tahun 2019, seorang lelaki Brazil yang menggelarkan dirinya sebagai Xiahn (bukan nama sebenarnya) sanggup melakukan 10 kali pembedahan plastik mengubah bentuk hidung, mata, kening dan mewarnakan rambut menjadi biru untuk kelihatan seperti bintang-bintang K-pop.

Di Kuala Lumpur pada 2017, ribuan peminat di Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka dengan membawa gambar, poster dan menyala lilin sebagai simbolik penghormatan kepada Jonghyun, seorang daripada anggota SHINee yang mati kerana membunuh diri.

Tahun lepas, kecoh dalam media sosial apabila seorang lelaki tempatan mengadu tentang kegilaan adiknya yang mahu makan daging babi ekoran terikut-ikut cara hidup kumpulan BTS.

Seperkara yang menariknya, bintang K-pop juga mempunyai peminat tegar yang akan menangkis perkara buruk tentang artis pujaan mereka.

Seperti yang hangat juga diperkatakan sekarang iaitu kemunculan grup ‘agama BTS’ dalam aplikasi Telegram dan Twitter.

Perkara tersebut seperti mengiakan pendapat ramai bahawa K-pop sudah menjadi seperti ‘tuhan’, begitu juga BTS yang dengan popularitinya telah membentuk satu ajaran, fahaman atau ‘agama’ baharu dalam kalangan pengikut.

Bagaimanapun, kemunculan grup ‘agama BTS’ yang dikatakan bermula di Indonesia itu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ARMY (kumpulan penyokong BTS).

Mereka menganggap isu itu sengaja dibangkitkan pembenci BTS dengan niat mencetuskan provokasi dan memburuk-burukkan reputasi BTS.

Kata geng ARMY mereka bukan bodoh. Kata penulis, baguslah kalau begitu.

Namun baru-baru ini, sesuatu yang agak melucukan dilalui penulis di meja editorial apabila platform digital Kosmo Online! bertubi-tubi menerima ribuan mesej daripada kelompok EXO Protection yang mendesak satu artikel luar negara berhubung kontroversi Chanyeol dan Baekhyun segera dipadamkan.

Jika tidak, bersedialah dengan surat saman daripada pengurusan artis terbabit!

Sampai begitu sekali kegigihan mereka! Sebenarnya penulis memuji tindakan peminat fanatik sebegitu. Seolah-olah kejayaan seseorang artis K-pop akan menyumbang isi poket masing-masing.

Apa jua situasi, baik daripada pembenci atau pemuja bintang K-pop, ledakan industri hiburan Korea Selatan ketika ini sememangnya tidak boleh dinafikan, mereka sedang mengegar dunia dengan pesona dan karya yang bukan sekadar picisan malah menggungguli anugerah peringkat dunia.

Contohnya kemenangan besar BTS dalam Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) baru-baru ini.

Ibaratnya, jika Joe Biden kini sedang menanti untuk diiktiraf sebagai Presiden Amerika Syarikat menggantikan Donald Trump sebagai pemimpin nombor satu dunia, BTS dan Blackpink dari

Korea Selatan pula sudah selangkah mengatasi beliau sebagai bintang nombor satu dunia.

BERITA BERKAITAN