fbpx
Anwar berkongsi di media sosial menerima hadiah istimewa daripada G-Dragon.

PMX masih belum ‘move on’ penangan G-Dragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum ‘move on’ daripada penangan bintang K-pop terkenal, G-Dragon selepas menghadiri majlis makan malam pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan baru-baru ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkongsi menerima hadiah istimewa daripada penyanyi berkenaan.

“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” katanya.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong tampil membuat persembahan selama 10 minit pada majlis makan malam rasmi APEC 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, Lahan Select Hotel, Gyeongju pada 31 Oktober lalu.

Sebagai duta promosi APEC Korea 2025, penyanyi legenda kumpulan BigBang itu mempersembahkan tiga lagu popularnya iaitu Drama, Power dan Home Sweet Home.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Anwar ke APEC di Republik Korea untuk memperkukuh dua hala yang konstruktif serta kerjasama ekonomi global.

Anwar turut menambah tanda pagar #KpopForever pada hantaran berkenaan, sekali gus mencuit hati peminat K-pop tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI