fbpx

Mahasiswa IPT perlu diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

KUALA LUMPUR – Golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam menempuh tempoh sukar penularan virus Covid-19 perlu diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) berkata, peruntukan bantuan buat pelajar harus ditambah oleh kerajaan walaupun terdapat kekangan kewangan yang dihadapi di samping menurunkan yuran pengajian di tahap seminimum yang mungkin.

“Pihak IPT telah dapat lakukan banyak penjimatan dalam tempoh pembelajaran online. Sekiranya dapat dikurangkan bererti penjimatan kewangan terhadap pelajar boleh digunakan bagi perkara lain seperti pembelian komputer riba, pembelian data internet dan bahan rujukan lain.

“Mereka ini sewajarnya dibela dan dibantu dalam apa cara sekalipun kerana mereka merupakan permata negara dan bakal menggantikan tempat kita sebagai pemimpin selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI