fbpx

Bongkah ais ancam habitat penguin, anjing laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONGKAH ais yang terpisah daripada Antartika dikatakan bakal melanggar Pulau Georgian Selatan milik Britain yang berada di bahagian selatan Lautan Atlantik.

BONGKAH ais terbesar dunia yang dikenali sebagai A68a dijangka hanyut ke Pulau Georgian Selatan di wilayah milik Britain yang berada di bahagian selatan Lautan Atlantik.

Bongkah ais dari Antartika yang hanyut itu berkemungkinan besar melanggar pulau kecil itu yang menjadi habitat kepada ribuan penguin dan juga anjing laut.

Jika bongkah ais itu terdampar di pulau berkenaan, ia boleh menghalang laluan pemburuan haiwan, sekali gus menjejaskan keupayaan penguin mencari makan dan mengancam kehidupan haiwan lain di kawasan terbabit.

“Bongkah ais yang semakin hampir itu memberi implikasi besar terhadap kehidupan haiwan di wilayah berkenaan.

“Haiwan-haiwan ini mungkin sukar untuk mencari makan dan berkemungkinan besar boleh mati akibat kelaparan,” jelas Prof. Geraint Taeling daripada organisasi Tinjauan Antartika Britain (BAS).

Sekiranya ini terjadi, ia akan mengancam hidupan liar di kawasan tersebut.

Bongkah ais yang berbentuk seperti tangan tertutup dengan tudingan jari itu telah terpisah dari Antartika sejak pertengahan 2017 lalu dan kini telah hanyut ke bahagian barat daya.

Berukuran 160 kilometer panjang dan lebar 48 kilometer, bongkah ais A68a itu memerlukan masa antara 20 hingga 30 hari untuk tiba di bahagian cetek pulau berkenaan.

“Kami meramalkan risiko pelanggaran adalah sebanyak 50/50,” kata Andrew Fleming daripada BAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI