fbpx

40,000 liter sisa industri ditemui di stor pencemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong sisa industri yang ditemukan di stor bahan buangan di Jalan Velox 2, Rawang.

RAWANG – Sebanyak 40,000 liter sisa industri ditemukan di premis penstoran bahan buangan di Jalan Velox 2 di sini yang menjadi punca pencemaran terbaharu semalam.

Penemuan tersebut hasil pemeriksaan di premis berkenaan kira-kira pukul 10.45 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan mendapati premis tersebut telah disewa seorang suspek wanita berusia 40 tahun sejak dua minggu lalu.

Katanya, sewa bulanan bagi premis tersebut berjumlah RM3,800.

“Berdasarkan pemeriksaan premis itu berjaya menemukan 40 tong sisa industri dengan satu-satu tong berisi 1,000 liter.

“Premis ini dijadikan pusat pelupusan sisa industri dengan cara tidak sah dengan membuangnya ke dalam lurang kumbahan sehingga Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK),” katanya kepada pemberita selepas meninjau premis tersebut di sini hari ini.

Menurut beliau, pelupusan bagi satu tong sisa industri itu difahamkan berharga RM500.

Justeru, Arifai menegaskan pihaknya tidak menolak wujudnya unsur sabotaj dalam kes pencemaran ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI