fbpx

Penduduk Wilayah Persekutuan bebas berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Orang ramai yang ingin memulakan perniagaan di Wilayah Persekutuan boleh menarik nafas lega apabila urusan permohonan lesen akan dipermudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, PBT di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diminta mengeluarkan garis panduan mengenai tatacara yang perlu dipatuhi peniaga.

Ujar beliau, inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Jelas beliau, penduduk Wilayah Persekutuan diboleh untuk menjalan apa jua bentuk perniagaan sehingga 15 April tahun depan dengan syarat lokasi tidak boleh mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran.

“Saya ingin mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga mulai 15 November sehingga enam bulan atau dalam tempoh PKPB, yang mana kita menggalakkan rakyat yang ingin berniaga dan menjaja.

“Mereka cuma perlu menghubungi PBT untuk melaporkan mereka berniaga apa dan mereka berniaga di mana dan jika perlu, PBT akan pastikan lokasi itu tidak menimbulkan masalah kepada kenderaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ujar beliau, lesen sementara akan dikeluarkan memandangkan rekod peniaga diperlukan untuk jangka masa panjang.

“Lesen sementara akan diberi secara automatik asalkan kawasan tidak mengganggu trafik, atau menerima aduan daripada penduduk.

“Sekiranya menimbulkan aduan, mereka harus bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Annuar, mereka yang ingin terus berniaga selepas tempoh enam bulan berkenaan akan diselaraskan ke tempat yang lebih tersusun.

Meskipun rakyat negeri lain tidak dihalang menjalankan perniagaan, keutamaan tetap diberikan kepada warganegara yang menetap di Wilayah Persekutuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI