fbpx

MB Perak ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal Azumu.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah pusat peranginan di Tambun awal pagi tadi.

Ahmad Faizal berkata, Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik serta wakil dari Pejabat Menteri Besar telah berada di lokasi bagi membantu jabatan dan agensi terlibat.

“Difahamkan pergerakan tanah masih berlaku di lokasi runtuhan dan pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sedang memantau keadaan dan mencadangkan langkah untuk kerja menstabilkan struktur cerun.

“Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat yang telah bekerja keras mengesan mayat kedua-dua mangsa sejak dimaklumkan tentang tragedi ini pada pukul 1.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan susulan tragedi yang berlaku dan memastikan ia tidak berulang.

Mayat kedua-dua mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah berkenaan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.55 pagi.

Mangsa pertama yang dijumpai dikenali Ooi Chee Wei, 39, manakala wanita dipercayai pasangannya, Lee Tze Juin, 32, ditemukan lima minit kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI