fbpx

Isi petrol guna kad kredit tak perlu daftar Mysejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Individu yang membuat transaksi pembayaran menggunakan kad kredit, debit serta melalui tingkap kaunter ‘pigeon hole’ di stesen minyak tidak perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera atau secara manual.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran MySejahtera akan dikenakan kepada individu yang membuat pembayaran di dalam premis, membeli barangan atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Katanya, individu yang menggunakan tandas dan surau di stesen minyak juga perlu mendaftar di aplikasi Mysejahtera kerana mereka mungkin akan berjumpa dan bersentuh dengan orang lain.

“Individu yang mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera atau manual.

“Bagi individu yang menghantar kenderaan ke bengkel di stesen minyak, mereka perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau manual,”katanya pada sidang akhbar hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI