fbpx

Taipei dakwa Beijing halang Taiwan sertai persidangan WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai lalu-lalang di sebatang jalan raya berhampitan Menara Taipei 101, Taiwan. - GAMBAR HIASAN/AFP

TAIPEI – Pemerintah Taiwan mendakwa China melakukan sekatan terhadap pulau itu daripada menyertai persidangan penting Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi membincangkan hal-hal berkaitan pandemik Covid-19.

Taiwan turut menuduh WHO mementingkan agenda politik berbanding hal ehwal kesihatan.

Kementerian Luar Taiwan berkata, keputusan WHO untuk tidak menjemput Taipei ke perhimpunan tahunan berkenaan yang diadakan semula secara maya hari ini selepas ditangguh sejak Mei lalu adalah disebabkan pertimbangan politik.

“Taipei melalui Kementerian Luar meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap tindakan China mengenakan sekatan ke atas penyertaan Taiwan.

“Ketika dunia sedang diancam dengan pandemik Covid-19, ia adalah satu ironi terhadap slogan ‘kesihatan untuk semua’ yang terdapat dalam piagam WHO,” katanya dalam satu kenyataan.

Taiwan menghadiri perhimpunan tahunan tersebut sejak 2009 hingga 2016 sebagai pemerhati di bawah nama Chinese Taipei.

Bagaimanapun, Beijing telah menghalang penyertaan Taipei selepas perlantikan Presiden Tsai Ing-wen pada 2016 yang enggan mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Satu China’.

Sementara itu, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat menggesa Taiwan untuk mendapatkan semula status sebagai pemerhati pada perhimpunan berkenaan tahun ini berikutan kebimbangan ia mampu menjejaskan usaha dalam mengekang penularan wabak tersebut.

Persatuan Perubatan Dunia iaitu persatuan yang menghimpunkan lebih 10 juta pengamal perubatan seluruh dunia berkata, tindakan memulaukan Taiwan adalah satu perbuatan sinis dan melawan arus.

“Pandemik Covid-19 membuktikan kerjasama antara semua sistem penjagaan kesihatan di dunia ini adalah satu perkara yang diperlukan,” kata pengerusi persatuan itu, Frank Montgomery dalam sepucuk surat kepada Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Terdahulu, Ghebreyesus berkata, penyertaan Taiwan hanya boleh ditentukan oleh negara ahli dengan kebenaran kerajaan berkaitan yang merujuk kepada Beijing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI