fbpx

SME Bank terima anugerah daripada ADFIAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua ini­siatif pembangunan usahawan di bawah SME Bank telah me­nerima anugerah daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) sempena mesyuarat agung tahunan ke-43 badan tersebut yang berlangsung secara online bulan lalu.

Dua inisiatif tersebut ialah Program Best Exporters (BEP) telah memenangi anugerah Projek Pembangunan PKS Terbaik, manakala Platform Digital PKS Kebangsaan telah memenangi anugerah Projek Pembangunan Teknologi PKS Terbaik.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, Platform Digital PKS Kebangsaan adalah inisiatif kerajaan yang diselia oleh SME Bank sebagai sebahagian daripada pelan transformasi dua tahunnya.

Menurutnya, di bawah ini­siatif tersebut, SME Bank te­lah memperkenalkan aplikasi ScoreXcess bagi memudahkan u­sahawan mikro dan kecil untuk mendapat akses pem­biayaan.

Aplikasi kedua di bawah platform ini juga ialah ODELA, yang menyediakan platform ­e-dagang khusus untuk perniagaan-ke-perniagaan.

“SME Bank sentiasa melihat ke hadapan tentang bagaimana kami dapat membantu PKS melalui setiap program intervensi dan inisiatif seperti BEP,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah beliau, keahli­an SME Bank dalam ADFIAP membolehkan pihak bank saling berkongsi pengalaman dan pendapat tentang pembangunan sektor PKS di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI