fbpx

Pekerja berendam dalam susu di kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TNGKAP layar rakaman video menunjukkan Emre berendam di dalam cecair dipercayai susu di sebuah kilang di bandar Konya, Turki baru-baru ini. – TIKTOK

ANKARA, Turki – Perbuatan seorang lelaki berendam di dalam bekas berisi susu di sebuah kilang memproses minuman itu me­ngundang padah apabila dia ditahan polis selepas rakaman video mengenainya tersebar di media sosial.

Insiden berlaku di bandar Konya, Turki baru-baru ini.

Menurut akhbar Daily Star, individu dalam klip video tersebut dikenali sebagai Emre Sayar. Dia melakukan aksi itu sebagai gurauan sebelum ia dikongsi dalam aplikasi TikTok milik rakannya, Ugur Turgut.

Rakaman itu menunjukkan Emre berendam di dalam bekas menyerupai tab mandi di kilang memproses susu sambil menuang cecair itu ke seluruh badan dan menggosok-gosok mukanya.

Lelaki tersebut bersama rakannya ditahan selepas polis menerima aduan mengenai vi­deo tular tersebut.

Sementara itu, seorang jurucakap kilang tersebut berkata, pihak pengurusan kilang turut memecat Ugur.

“Lelaki dalam video itu bukan berendam di dalam susu, tetapi campuran air paip dan bahan pencuci.

“Kami mengesyaki klip video tersebut sengaja dibuat untuk merosakkan reputasi syarikat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Bahagian Pertanian dan Perhutanan, Ali Ergin berkata, pihaknya mula menjalankan siasatan dan merancang untuk menutup operasi kilang tersebut.

“Kami telah dimaklumkan me­ngenai kejadian itu yang mana ia jelas melanggar peraturan kesihatan awam dan kese­lamatan makanan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI