fbpx

Kanak-kanak tular tunggang motosikal disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar, Jitra.

JITRA – Polis mengambil tindakan terhadap seorang kanak-kanak kerana menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar di sini selepas  video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap warisnya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

“Kanak-kanak lelaki yang berusia di bawah 10 tahun itu dikenakan tindakan di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar.

“Manakala waris kanak-kanak tersebut diambil tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi kira-kira 19 saat yang tular itu memaparkan tindakan seorang kanak-kanak berhenti di satu simpang tiga sebelum ditegur pemandu kenderaan pacuan empat roda.

Sebaik meneruskan perjalanan, kanak-kanak itu turut cuba melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya, sebelum rakaman berakhir.

Tambah Mohd. Ismail, video tersebut dipercayai dirakam kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Saya menasihatkan kalangan ibu bapa supaya memberikan perhatian terhadap anak masing-masing terutamanya dalam aspek lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI