fbpx

Chaeyoung sedang jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAEYOUNG

PENYANYI daripada kumpulan Twice, Chaeyoung menjadi buah mulut apabila timbul dakwaan mengatakan dia kini sedang hangat dilamun cinta dengan seorang lelaki yang merupakan pelukis tatu.

Identiti lelaki yang menjadi tanda tanya peminat itu dikatakan bernama Chim Hwa-sa. Malah, gambar dipercayai Chaeyoung dan lelaki berkenaan ketika berada di sebuah pasar raya turut tersebar.

Meskipun gambar berkenaan tidak menunjukkan wajah mereka, namun peminat membuat tanggapan wanita tersebut adalah Chaeyoung berdasarkan topi berbulu yang dipakainya ketika itu.

Sebelum ini, Chaeyoung pernah memakainya ketika muncul dalam program Radio Star dan mengatakan topi berkenaan adalah kesukaannya.

Peminat juga mula melakukan siasatan dengan mencari bukti menerusi Instagram Hwa-sa sebelum menemui lukisan wanita yang dikatakan mirip Chaeyoung kerana memiliki tahi lalat pada bahagian kiri mulut.

Bukti lain yang didakwa menjadi penguat kepada gosip itu adalah adik lelaki Chaeyoung sendiri mengikuti Instagram lelaki berkenaan sebelum akaunnya dipadam, seperti memetik sumber laporan Naver.

Memberi maklum balas terhadap penyebaran khabar angin itu, JYP Entertainment bagaimanapun mengambil langkah selamat dengan tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan peribadi artis mereka.

Bagaimanapun, ramai yang bersependapat jika Chaeyoung benar-benar sedang jatuh cinta, perkara itu normal dan artis juga berhak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI