fbpx

UMK terima tiga bot lucut hak dari Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan warga asing yang dilucutkan hak oleh Maritim Malaysia kepada UMK.

PASIR PUTEH – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima tiga buah bot nelayan asing yang dilucutkan hak milik bernilai RM530,000 di pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali di sini hari ini.

Majlis penyerahan bot itu dilakukan secara rasmi bagi pembangunan akademik sekali gus menyaksikan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Noor Azizi Ismail bersama Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob menandatangani memorendum persetujuan pelepasan dan penerimaan.

Menurut Noor Azizi, bot itu akan diselenggarakan semula oleh sebuah syarikat iaitu Ain Aquaculture Sdn. Bhd. (Ain Aquaculture) yang mempunyai kepakaran dan sokongan kewangan bagi proses pembelajaran, penyelidikan selain boleh digunakan untuk sebagau khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Katanya, pelaksanaan projek antara Creative Techno Park (CTP) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK dan Ain Aquaculture yang melibatkan kolabratif pihak universiti, agensi kerajaan, swasta serta komuniti setempat.

“Projek ini bakal memberikan sumbangan yang besar kepada pelbagai pihak terutama penduduk setempat kerana ia mampu memberikan sumber pendapatan kepada mereka melalui aktiviti nelayan, pelancongan dan peniaga kecil-kecilan.

“Pelbagai perancangan telah dirangka UMK dan Ain Aquaculture termasuk menjadikan bot itu sebagai platform untuk membaiki bot-bot nelayan sekitar selain bakal dijadikan pusat latihan hospitaliti serta pusat latihan penyelengaraan bot dengan menggunakan modul yang dibangunkan UMK,”katanya.

Beliai berkata demikian pada sidang akhbar selepas Penyerahan Bot Lucut Hak kepada UMK di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Ain Medicare Sdn. Bhd.yang merupakan syarikat induk Ain Aquaculture, Datuk Wan Ariff Wan Hamzah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Arham Abdullah.

Mengulas lanjut, Noor Azizi berkata, bot-bot berkenaan juga akan dijadikan pusat pengendalian bot bertauliah yang turut dilengkapkan dengan galeri seni.

Tambahnya, perancangan itu dilakukan bagi memastikan khidmat kepada masyarakat setempat dapat dilaksanakan di samping menjadikan kawasan sekitar sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti pelancongan.

“Kawasan Pulau Gajah di sini akan dijadikan lokasi bagu meletakkan bot ini yang bakal melonjakkan pembangunan Agro pelancongan di kawasan itu.

” Selain itu bot berkenaan boleh digunakan sebagai tempat pembelajaran luar kampus oleh pelbagai fakulti di UMK, “katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI