fbpx

Perodua Axia lawan arus di Seberang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kereta Perodua Axia dipandu melawan arus di BKE, Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Sebuah kereta jenis Perodua Axia didapati dipandu dalam keadaan melawan arus di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di Seberang Jaya di sini.

Tindakan yang turut dirakam pengguna jalan raya lain dipercayai pemandu sebuah lori itu tular di media sosial sejak malam tadi selepas dimuat naik ke laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Polis mendapati video berhubung kejadian itu tular sejak hari ini dan tindakan itu telah mengejutkan pengguna jalan raya lain.

“Tiada kemalangan dilaporkan, namun tindakan itu telah mengundang kemarahan pengguna jalan raya lain yang membunyikan hon sepanjang pemanduannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, pihaknya sedang meneliti televisyen litar tertutup di kawasan itu bagi siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menyalurkan maklumat.

Menerusi rakaman berdurasi 51 saat itu, kereta berwarna kelabu itu dilihat dipandu di lorong paling kanan di laluan arah Butterworth.

Beberapa kenderaan didapati cuba mengelak kereta tersebut yang dipercayai dipandu dengan kelajuan sederhana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI