fbpx

[VIDEO] Dua helikopter berlanggar, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan di Taman Melawati hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, Selangor sebentar tadi.

Insiden itu berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Melawati.

Kosmo! Online difahamkan dua mangsa meninggal dunia akibat insiden itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan kejadian tersebut.

Gambar tular di tempat kejadian hari ini.

Kira-kira sejam lalu, satu video dan gambar tular di media sosial menunjukkkan detik sebuah helikopter terhempas di kawasan berdekatan perumahan di Taman Melawati.

Gambar-gambar yang tersebar pula memaparkan orang ramai membantu mangsa yang tersepit di dalam nahas helikopter berkenaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI