fbpx

Comelnya alasan Ayda Jebat, Nabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT dan Nabil Mahir pilih 1 Januari tahun depan sebagai tarikh pernikahan.

Untuk pasangan yang telah berkahwin, masih ingat tak macam-mana susahnya kalian fikir untuk untuk pilih tarikh nikah? Mesti nak kaitkan dengan simbolik itu, ini, begitu, begini kan?

Cakap pasal tarikh, Diva jatuh suka pula dengan alasan tarikh nikah Ayda Jebat dan tunangnya, Nabil Mahir.

Kelakar, tetapi selamba sahaja. Kata Ayda, sebelum menetapkan, 1 Januari 2021, telah ada beberapa tarikh lain yang dibincangkan tetapi akhirnya, kedua-dua sepakat dengan tarikh 01.01.2021.

Alasan si pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu, dia sebenarnya jenis yang susah mahu ingat tarikh, apatah lagi hal-hal yang berkait dengan nombor.

“Lagipun tarikh itu adalah cuti umum dan semua orang akan bercuti. Sekali gus tarikh pernikahan kami akan disambut sekali dengan keluarga pada hari cuti selepas ini,” jelasnya.

Baguslah kalau begitu Ayda. Diva punya fikir, mana tahu Ayda akan pilih tarikh sempena hari lahir atau hari hari mula-mula merasmikan diri sebagai pasangan kekasih ke? Tetapi Diva yakin, lepas dah kahwin dan kalau ada rezeki nanti, Ayda takkan lupa satu tarikh, iaitu tarikh lahir anak. Percayalah, terutama anak sulung.

Apa pun., tarikh bila yang dipilih, yang penting ikatan perkahwinan nanti dilalui dengan penuh kasih sayang, bahagia berpanjangan sampai akhir hayat.

DIVA: Lucu dengan berita pernikahan wanita bernama ‘Erra Fazira’ baru-baru ini. Ada rupa-rupa wanita lain memiliki nama glamor itu sebagai nama sebenarnya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI