fbpx

Barang keperluan diagih kepada keluarga diarah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah memeriksa bekalan ayam mentah di pusat pengumpulan barangan keperluan di SK Ketengah Jaya 2 dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebanyak 932 keluarga di mukim Rasau dekat di sini yang dikuarantin di rumah masing-masing berikutan pelaksanan susulan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula kelmarin menerima barangan keperluan dan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, barangan keperluan seperti gula, beras , ayam dan tepung gandum diagihkan kepada penduduk terlibat pada setiap empat hari.

“Bantuan keperluan makanan ini diberikan kepada individu dikuarantin di rumah kerana mereka tidak boleh keluar.

“Bagi penduduk yang tidak dikuarantin, mereka masih boleh keluar membeli barangan kerana kedai masih beroperasi,” katanya selepas melawat pusat pengumpulan bantuan makanan di Dewan Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 dekat sini hari ini.

Hanafiah berkata, sebelum ini, lebih 400 keluarga di mukim tersebut telah menerima bantuan sama dan pihaknya menjangkakan iacakan meningkat berikutan ujian saringan Covid-19 di kawasan berkenaan masih dijalankan.

“Mukim Rasau mempunyai lebih 17, 000 penduduk dan setakat ini, lebih 3,000 penduduk telah menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Mukim Rasau menjadi mukim pertama di Terengganu dikenakan PKPB bermula kelmarin selepas kes positif Covid-19 di mukim tersebut mencatatkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI