fbpx

21 operasi sanitasi dijalankan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
operasi sanitasi

PETALING JAYA – Sebanyak 21 operasi sanitasi yang melibatkan 10 buah negeri telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak enam operasi dijalankan di Sabah, tiga di Sarawak dan Pahang, Melaka (dua) serta satu masing-masing di Selangor dan Perak.

“Sebanyak satu operasi masing-masing dijalankan di Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Labuan dan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 11,209 Ops Sanitasi Awam telah dijalankan sejak 30 Mac lalu merangkumi 137 zon.

“Sebanyak 13,627 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,775 pusat perniagaan, 1,633 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat, 2,690 tempat awam, 354 pasar raya dan 6,175 bangunan kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI