fbpx

Premis hasil laut gagal patuhi SOP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Omar menyerahkan saman kepada pekerja sebuah premis hasil laut yang gagal patuh SOP PKPP di Jeti Pulau Marina Teluk Muroh.

LUMUT – Sebuah premis menjual produk hasil laut di Jeti Pulau Marina Teluk Muroh di sini dikompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, premis itu didapati tidak menyediakan laluan khas keluar dan masuk untuk pelanggan, sebaliknya pembeli boleh masuk dan keluar daripada mana-mana tiga pintu yang terdapat di kedai berkenaan.

“Alat penyukat suhu pula diletakkan dalam premis dan bukan di pintu masuk selain tiada pekerja yang ditugaskan mengambil suhu badan pelanggan.

“Tiada kawalan kemasukan pelanggan dilaksanakan di premis tersebut, sepatutnya ada laluan khas untuk masuk dan laluan lain untuk keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PKPP dan Kempen Norma Hidup Baru di Jeti Pulau Marina, Teluk Muroh di sini hari ini.

Operasi itu melibatkan 56 pegawai dan anggota pelbagai agensi di daerah Manjung. Hadir sama, Pegawai Daerah Manjung, Zulhisham Ahmad Shukori.

Nor Omar berkata, sejak Mac lalu sehingga semalam, kompaun sebanyak 514 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi SOP pencegahan Covid-19 manakala 324 premis diarah tutup di sekitar daerah Manjung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI