fbpx

Insentif RM50 juta tingkat daya saing industri sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)  menyambut baik pembentangan Bajet 2021 yang menyediakan insentif sebanyak RM50 juta bagi sektor sawit yang berupaya meningkatkan kemampanan dan daya saing industri sawit.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), akan  dapat membantu pemain industri khususnya pekebun kecil melaksanakan pensijilan tersebut dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Penyediaan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk pelaburan dalam mekanisasi dan automasi bakal menyedia insentif kepada pemain industri untuk melaksanakan mekanisasi bagi kecekapan operasi ladang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ahmad Parveez menjelaskan, penyediaan insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan dengan 40 peratus disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan dalam tempoh enam bulan bakal menggalakkan pengambilan pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing,” jelasnya.

Menurut beliau, di bawah program Penjana Kerjaya itu wajar dimanfaatkan oleh sektor perladangan sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI