fbpx

Amaran ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang akan membabitkan kebanyakan kawasan pantai barat semenanjung Malaysia sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya memaklumkan amaran itu dikeluarkan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Perak.

Amaran turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap, selain Seberang Perai Utara, Seberang Pertai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Turut terkesan beberapa kawasan di Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Rompin.

Beberapa kawasan di pantai timur turut terkesan seperti Besut, Setiu, dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Kawasan di selatan semenanjung yang terkesan ialah Alor Gajah dan Jasin di Melaka serta Tangkak, Muar, Kulai, dan Johor Bahru di Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI