fbpx

PKPD di tujuh lokaliti di Sabah ditamatkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Sabah iaitu enam di Semporna dan satu di Kunak akan ditamatkan esok sebagaimana dijadualkan sebelum ini.

Enam lokaliti di Semporna itu ialah Kampung Bangau-Bangau Darat, Kampung Bangau-Bangau Hujung, Kampung Halo dan Kampung Ubian, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul serta Kampung Pinggir Bakau manakala lokaliti di Kunak ialah Kampung Pengkalan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 3 November lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 2,533 saringan kepada penduduk-penduduk di kesemua lokaliti berkenaan.

Katanya, mengikut penilaian risiko yang telah dijalankan oleh KKM, didapati kes-kes aktif di lokaliti-lokaliti itu telah menurun dan berada pada tahap terkawal.

“Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju agar PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak ini ditamatkan pada 6 November 2020 seperti yang telah dijadualkan.

“Bagaimanapun, lokaliti-lokaliti ini masih tertakluk kepada PKP Bersyarat seluruh negeri Sabah yang sedang berkuat kuasa,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI