fbpx

Bersama hingga ke akhir hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINGGAL kenangan. Allahyarham Wan Yahya dan Wan Zainun merupakan pasangan romantik sejak berkahwin 64 tahun lalu.

HULU TERENGGANU – Kasih seorang lelaki terhadap isterinya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 15 jam selepas wanita yang amat dikasihinya itu pergi buat selama-lamanya akibat barah usus kelmarin.

Wan Zainun Wan Chik, 84, meninggal dunia pada pukul 6.48 pagi, manakala suaminya, Wan Yahya Wan Husein, 87, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 15 jam kemudian iaitu pada pukul 9.40 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Wan Zainun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala suaminya meninggal dunia di rumahnya di Taman Dato’ Abdul Rahman, Kuala Berang di sini.

Anak sulung pasangan itu, Wan Rahimah, 63, memberitahu, tahap kesihatan kedua-dua orang tuanya mula merosot pada bulan lalu.

Katanya, bapanya mengalami masalah paru-paru pada 15 Oktober lalu sebelum ibunya dima­sukkan ke hospital selepas disahkan menghidap barah usus tahap akhir lima hari kemudian.

“Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital. Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas.

“Dua hari lalu (Isnin), kami adik-beradik bawa ayah jumpa emak. Dalam pertemuan tera­khir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Tambahnya, air mata lelaki itu sekali lagi tumpah apabila ibunya disahkan meninggal dunia pagi kelmarin.

Menurut Wan Rahimah, walaupun uzur, bapanya yang turut mengalami gangguan saraf me­nguatkan semangat untuk hadir pada upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang di sini pada pukul 3 petang.

“Kami adik-beradik tidak me­nyangka kehilangan bapa selepas ibu meninggal dunia.

“Jenazah ayah selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama pada pukul 9 pagi tadi (semalam). Walaupun masih terkejut kehilangan ibu bapa pada hari sama, kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Wan Rahimah berkata, ibu ­­bapanya ialah pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.

“Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin,” katanya.

Wan Rahimah berkata, ibu bapanya membesarkan mereka lima beradik sebagai peniaga kedai runcit dan rempah ratus sejak tahun 1970-an sebelum perniagaan itu diwarisinya pada tahun 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI