fbpx

Steve Yoo merayu mahu pulang ke Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEVE YOO

PENYANYI Steve Yoo menghantar sepucuk surat rayuan kepada Menteri Luar Negara Korea Selatan, Kang Kyung-wha supaya membatalkan larangan ke atas dirinya daripada memasuki republik tersebut.

Kata penyanyi itu, tindakan menghalangnya daripada memasuki negaranya sendiri adalah satu perkara melampau kerana telah mencabul hak asasinya sebagai manusia.

“Tolong nilai semula larangan masuk ke sana dan benarkan saya pulang ke negara sendiri,” tulis Steve menerusi hantaran dalam Instagramnya minggu lalu.

Terdahulu, Kyung-wha memberitahu ketika sidang Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri bahawa kementerian tersebut tidak akan mengeluarkan visa kepada penyanyi itu.

Keputusan diambil ekoran tindakan Steve yang mengelak daripada menjalani latihan ketenteraan wajib di Korea Selatan dengan cara menukar taraf warganegaranya kepada Amerika Syarikat.

Dia berbuat demikian pada Januari 2002.

“Saya cuma seorang lelaki tua dengan empat orang anak yang dilupakan.

“Saya bukan pengganas, pesalah politik atau penjenayah. Paling penting, saya bukannya individu yang mampu memberi kesan buruk kepada Korea Selatan,” kata Steve.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI