fbpx

Sasar jual 20,000 ayam segar sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Amirul (tengah) menunjukkan sijil tauliah penyembelihan daripada JAIS yang diberikan kepada kilangnya.

PETALING JAYA – Bermula tanpa sebarang pengetahuan mengenai perniagaan ayam pro­ses segar, Mohd. Amirul Asyraf Azhar, 26, kini boleh berbangga apabila mempunyai sebuah kilang sendiri selepas berkecimpung selama dua tahun dalam bisnes tersebut.

Malah, syarikat A&A Fresh Chicken E miliknya menjadi syarikat pertama yang mendapat sijil tauliah penyembelihan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Menurut Mohd. Amirul, permulaan perniagaannya bermula menerusi pengambilalihan kilang memproses ayam segar daripada syarikat lain pada November 2018.

Katanya, pada awal perniagaan pihaknya mampu memproses lebih 5,000 ekor ayam sehari bagi menampung permintaan di sekitar Petaling.

Kerja-kerja penyembelihan ayam sedang giat dilakukan sekitar pukul 2 pagi.

“Pelanggan kami termasuk kantin sekolah, jabatan kerajaan, hospital swasta dan pasar raya.

“Pasaran kemudiannya ber­kembang dengan mendapat permintaan daripada pelanggan di Kuala Lumpur dan Pahang,” katanya ketika ditemui di kilangnya di sini baru-baru ini.

Mohd. Amirul menambah, pandemik Covid-19 yang me­landa negara telah menjejaskan lebih 60 peratus permintaan terhadap ayam proses segar.

Ujarnya, ini berikutan penutupan kantin-kantin yang merupakan pelanggan tetap syarikat sehingga mengakibatkan permintaan menurun kepada hanya 1,000 ekor ayam segar diproses setiap hari.

Enggan menjadikan isu itu sebagai halangan, Mohd. Amirul tidak berniat mengecilkan operasi, sebaliknya bercadang meluaskan lagi penawarannya ke pasaran baharu dan membuka sebuah lagi kilang dilengkapi peralatan canggih pada Januari 2021.

“Kami meletakkan sasaran pengeluaran sehingga 20,000 ayam segar proses setiap hari untuk menembusi pasaran luar Lembah Klang seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI