fbpx

Pinjam beg penghantar makanan rakan edar ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis rampas air ketum yang disembunyikan dalam beg penghantar makanan dalam satu tangkapan di Jinjang, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Taktik dua lelaki meminjam beg penghantar makanan rakan untuk menghantar air ketum terbongkar selepas mereka ditahan di Jinjang, Kuala Lumpur kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam selepas melarikan diri daripada anggota peronda yang meminta mereka memberhentikan motosikal untuk pemeriksaan di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner C. S Shanmugamoorthy berkata, suspek bertindak melawan arus menghala ke kawasan Jinjang ketika dikejar polis.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya ditahan selepas motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah kereta jenis Nissan Sentra.

“Hasil pemeriksaan polis menemui empat bungkus air disyaki mitragynine (ketum) di dalam beg penghantar makanan dibawa suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, suspek mengaku meminjam beg penghantar makanan daripada rakannya untuk mengaburi pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya.

“Kedua-dua suspek saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, S Shanmugamoorthy mendedahkan, pihak polis kini mengesan kegiatan penghantaran dadah menggunakan kereta mewah.

“Kita kesan bahan terlarang itu dihantar secara ‘premier delivery’ selepas modus operandi menghantar menggunakan khidmat penghantar makanan dikesan polis ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Justeru itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI