fbpx

Program Malaysia Rumah Keduaku dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

KUALA LUMPUR – Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dicadang dibekukan sementara bagi memberi ruang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi berkaitan untuk mengkaji serta menilai semula secara komprehensif selepas ia dilancarkan pada 2002.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembekuan berkenaan selari dengan keputusan kerajaan yang masih belum membenarkan warga asing masuk ke Malaysia susulan Covid-19.

Katanya, syarat, insentif dan perbandingan dengan program luar negara yang setara dengan MM2H merupakan antara perkara yang bakal diteliti dalam kajian berkenaan menyebabkan MOTAC selaku penyelaras tidak dapat meneruskan proses permohonan baharu.

“Hal ini mengambil kira pempropesan permohonan MM2H dengan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam pembekuan keputusan tersebut. Maka, permohonan yang belum diproses telah dipulangkan semula kepada pemohon dan mengambil kira bahawa kemungkinan akan diperkenalkan syarat dan terma MM2H baharu apabila diaktifkam semula nanti.

“MOTAC masih mengalu- alukan pemohonan yang masih berminat untuk menyertai MM2H untuk permohonan semula selepas diaktikan semula kelak dengan syarat-syarat baharu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Maria Chin Abdullah (DAP-Petaling Jaya) yang ingin tahu mengapa MM2H dibekukan. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI